Shortest Girl
thanks for visit ! have a nice day =)
~ kuasa ALLAH ~
Tuesday, 5 November 2013 • 07:44 • 0 comments
Assalamualaikum..

rasanya dah lama tak mengupdate nie sejak-sejak sibuk dengan final exam yang macam dah killer ika untuk seminggu , huh ! dasyat penangannya..disini , dalam blog ini ika nak cerita satu pengalaman yang ika rasai semua tu keajaiban yang allah tunjuk depan mata ika dalam sedar..bukan nak megah bukan nak bangga tapi sekadar nak ceritakan sebagai iktibar buat pembaca kat luar sana betapa hebatnya penangan doa seorang ibu..


pada 25/10/2013 maka bermula la pejuangan ika sebagai calon yang bakal menduduki peperiksaan pada jam 9.00 pagi...semalam ika terima mesej dari mama melalui "facebook"..ucapan dan kata-kata semangatnya masih terngiang-ngiang di telinga ini..

"Assalamualaikum buat anakku Zulaikha Jaafar. Esok adalah hari untuk menentukan kebolehan mu apa yg kau pelajari selama beberapa bulan di martik. Mama yakin kamu boleh. Mama & abah mendoakan selamat menghadapi peperiksaan akhir. Semuga memperolehi keputusan yg cemerlang. Ketahuilah olehmu mama & abah dan keluarga semua menyayangi kamu. WE LOVE YOU SO MUCH."

ika tahu disebalik kata-kata itu terselitnya sedikit harapan yang menggunung seorang ibu dengan lafaz bismillah ika gagahi kaki ini untuk melangkah ke dewan peperiksaan , rupanya dah ramai yang menunggu tiba-tiba perasaan takut menyelubungi diri. dengan sepantas kilat ika telefon mama , ada nada sedih disitu , suara yang amat ika rindui minta sedikit kekuatan dan restu sebelom peperiksaan bermula..tiba-tiba air mata nie laju ja jatuh kat pipi...dalam hati hanya mampu berdoa..

"ya allah kau berikan lah aku kekuatan untuk lalui semua nie.."

alhamdulillah semuanya berjalan lancar sampai la hari ke-3 peperiksaan tapi masuk ja hari ke-4 peperiksaan ika ditimpa musibah..tiba-tiba allah turunkan penyakit , malam to ika demam teruk nota cuma baca sepintas lalu..berbekal apa yang ika dah study masa "study week" waktu to reda ja bangun pagi dalam keadaan sedar tak sedar tiba-tiba pitam dalam bilik air tapi ika kuatkan semangat semuanya demi mama dan abah , sesudah ja mandi capai handfon terus mesej mama dalam keadaan yang terketar-ketar..

"mama..doakan adik dipermuhkan untuk menjawab..badan adik mengeletaq.."

tak sampai 5 minit mesej masuk , mama balas istigfar banyak-banyak adk terus mama kol , waktu to memang tak sempat cakap apa air mata laju ja trun , tak tertahan lagi dalam keadaan lemah macam nie dengar suara mama , hanya allah yang tahu apa ika rasa waktu to lepas cakap dengan mama..tiba-tiba roomate dtg pegang dahi , ayat yang kuar dari mulut dia "ya allah ika panasnya...boleh ka nak jawab exam nie??"..waktu to ika hanya mampu tersenyum dan mengangguk...dengan berbekalkan sedikit kekuatan ika gagahi juga persiapkan diri ini sesimple yg mungkin..dalam hati hanya mampu berdoa..

"bismillahi tawakaltu alallah..ya allah aku serahkan segalanya kepada mu..kalo dengan cara ini kau mahu mendugaanku..aku terima ya allah...tetapi aku mohon diatas segala kebaikan yang telah aku lakukan untuk kedua org tua ku...kau permudahkan la urusanku untuk menjawab kertas kimia pada pagi ini dengan lancar berbekalkan apa yang telah aku pelajari selama beberapa bulan aku disini..amin"..

alhamdulillah aku bersyukur kehadratmu ya allah..kau berikan keajaiban kepadaku dalam keadaan lemah longlai aku menjawab kertas kimia dalam kebuntuan aku beberapa ketika...kau seolah-olah mempamerkan nota-nota yang sedia aku baca malam tadi hanya dengan sepintas lalu , satu persatu perkataan aku dapat mengingatinya dengan mudah ..betapa lancarnya penulisan aku pada waktu itu seolah-olah aku sedang menyalin nota...alhamdulillah , bila ditanya pada mama..jawapannya mudah..

"ya allah kau permudahkan anak ku untuk menjawab peperiksaan pada hari ini , adik mama tak putus-putus berdoa pada allah supaya permudahkan adik"...

menitis air mata ini ya allah..betapa besarnya rahmatmu kepadaku...hanya subhanallah dan alhamdulillah saja yg mampu aku ucap saat itu diatas kebesaran mu..

# pesanan buat pembaca diluar sana..disetiap kebaikan yang kita penah lakukan kepada kedua org tua kita pasti akan mendapat ganjaran yang nilainya teramat la besar dari allah...hanya doa seorang ibu yang dapat membantu kita disaat kita dalam kesusahan..jadi berbakti la kepada mereka selagi mereka hidup...in shaa allah ta rugi...allah to maha melihat dan maha mengetahui segalanya..

~end~


PASTFUTURE
Shortest Girl
[ZULAIKHA JAAFAR]
My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>>I love travel!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> No matter what happen just be yourself
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • ramadhan pergi :(
  • ceritera PLKN..
  • Senjata Orang Mukmin.
  • kenangan bersama arwah tokwan..

  • D' Credits
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : zulaikha jaafar