Shortest Girl
thanks for visit ! have a nice day =)
keluarga DF4P3/P4
Tuesday, 28 April 2015 • 08:42 • 0 comments
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana beri peluang untuk kita bernafas hari ini menghabiskan detik-detik yang terakhir di KMPP , walaupun tersemat sedikit rasa sedih di lubuk hati masing-masing..bersyukur jugak sebab kita semua berjaya menghabiskan paper yang terakhir untuk hari ini , semester ni dan juga paper yang terakhir kita di KMPP..alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar dari hari first (20/4) hingga la hari ini (28/4)..Ika doakan semoga result kita gempak ok ! kita dah usaha sehabis daya jadi kita tawakal pada Allah s.w.t..

2 tahun kita bersama mengharungi pejuangan kita sebagai seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang , berkorban meninggalkan keluarga yang tersayang , memegang title "anak perantau" semata-mata untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak..besar pengorbanan sahabat-sahabat Ika ni..mungkin Ika tak pernah rasa kesusahan awak-awak semua , tapi Ika harap semua pengorbanan awak-awak semua untuk keluarga ni nanti membuahkan hasil yang lumayan masa result final keluar nanti , Amin !

27 Mei 2013 ~ 28 April 2015 , bukan lah satu tempoh yang singkat buat kita memegang title "budak PDT" , susah payah kita , suka duka kita semua dah rasa..dihina , di anak tirikan dan dikutuk tapi sedar tak kita masih disini menjalani kehidupan seperti dunia ini , KMPP ni kita yang punya..sedar tak segala penghinaan yang kita terima selama nie tak pernah menjatuhkan walau sedikit pun semangat kita untuk belajar disini..malah keluarga DF4P3/P4 terus bersatu menjadi sahabat..

keluarga DF4P3/P4 , terlalu banyak kenangan antara kita yang kita cipta bersama dari sem 1-4 , dari adanya Kak Iqa dan Kak Iss , chemat dan sampai la sekarang..Ika harap kita terus bersahabat..kita bersahabat kerana Allah..

"for worst or for better , lets stay together forever"

we always together

ucapan Ika untuk semua keluarga DF4P3/P4..maaf kalau ada kekurangan dalam pengucapan Ika..Ika hanya insan biasa yang tak pernah lari dari kesilapan..hope enjoy..

Abdul Muiz
Muiz yang Ika kenal sangatlah pemalu orangnya dari sem1-4 ,dari hari first dia masuk kuliah itu lah Muiz , pemalu dengan perempuan..tapi Ika tak tahu bila masa dia couple , tup-tup dah nampak dating sana sini..haha (jangan marah Muiz)..Muiz malas datang kelas tapi hakikatnya dia pandai..Muiz , ak harap lepas nie mu jadi rajin sikit ok ! sebab bila dekat U kita kena survive hidup sendiri..kalau kita hanyut , hanyut la tak dak sapa nak halang..so aku harap mu berubah ok ! chaiyokkk Muiz..aku mintak maaf dari semua silap aku yang pernah aku buat kat mu , selalu usik mu kow..sorry nah cuma nak bergurau ja..aku doakan mu berjaya dunia akhirat..

Ahmad Aizat
Ijat yang Ika kenal , dia ni pendiam sangat (mungkin dengan Ika sorang kot)..susah la nak dengar dia bersuara , bak kata orang tua-tua macam ada ketui mas dalam mulut tu haa..tapi Ijat sebenarnya kelakar dalam diam , bila dia dah start bersuara tak kering gusi orang gelak dengan lawak dia.."happy-go-lucky" , comel la mu Ijat..kalau perasan Ijat selalu sebut perkataan "bakpe" , loghat ganu dia tu pekat sangat sampai dulu Ika takut nak cakap dengan dia , sebab tak faham..takpa Ijat , memartabatkan bahasa ibunda..tabik mu Ijat..Ijat aku harap mu dapat jadi abang yang baik untuk adik-adik mu nanti..kalau boleh potong la rambut tu , buat gaya pacak sedap mata memandang , lagi handsome..aku doakan mu jugak berjaya di masa hadapan..All The Best pokjat..fighting ! aku nak mintak maaf dekat mu kalau sepanjang kita kenal nie aku ada menyakitkan hati mu ..niat aku sama ja nak bergurau..

azamuddeen shauqi
actually , Ika nampak Azam masa dalam DK waktu pertukaran modul..macam mana kita nampak Azam hari ni yang suka senyum , itu lah dia masa hari first Ika jumpa dia..Azam yang Ika kenal seorang yang pandai dan rajin , suka makan roti "gardenia" , even dalam exam Physics tadi pun sebenarnya dia nak bawak masuk bekal dia tu..hahah , Azam Azam..Azam tak banyak kerenah dalam semua hal sebab bagi dia "asalkan ok" tu dah cukup memadai untuk dia..dia pandai , tak kedekut ilmu..Azam , aku doakan hg berjaya didunia dan akhirat..be a good brother ! sebab aku tau hg sebenarnya abg yg bertanggungjawab..All The Best Azam ! chaiyokkk..aku mintak maaf kalau sepanjang tempoh dua tahun nie aku banyak menyakitkan hati hg dalam keadaan sedar atau pun tak..terima kasih sebab sudi tolong aku dalam pelajaran dari sem 1-4 , really appreciate..hanya Allah ja yang mampu balas semua tu..

Izat Zulhairi
actually , tak tau nak describe apa untuk Ijat sebab Ika kenal Ijat dari tadika sampai la sekarang..kawan masa kecik-kecik dulu , kawan sekelas , kawan setaman dan now memang ditakdirkan kita bersahabat Ijat..Ijat yg Ika kenal seorang yg sangat baik dengan semua orang tak kisah apa orang buat kat dia sekalipun , he's always think positive..Ijat stay strong ! semoga tabah dengan ujian yg Allah bagi..ingat setiap ujian tu ada kebaikan di masa hadapan..semoga terus kuat untuk hadapi hari-hari mendatang..Ijat our friendship never end..I just want you to be yourself where ever you go..jangan cepat mengalah..okay ! aku doakan hg berjaya dunia akhirat..dan aku rindu nak makan "kek cheese" yg hg buat.. haha , thanks for everything you have done for me since we was a kid..aku mintak maaf kalau sepanjang kita kenal nie , aku annoy dengan hg..aku sakitkan hati hg..aku tak dak niat pun nak buat macam tu..

Azwani , Syazwani , Norliza , Syuhada , Amirah
berlima itulah yg bole Ika describe sekarang..untuk Wani , Wani yang Ika kenal dari sem 1 adalah seorang yg "happy-go-lucky" , mudah terhibur sebab ada ja cerita dia yang akan buat org gelak tak berhenti even dalam kuliah sekalipun..selalu bawak makanan ringan waktu kelas , Ika panggil Wani ceti..sebab dia bendahari kelas..sorry Wani kalau ada duit kelas yg Ika tak bayar mohon halal dunia akhirat..terima kasih sebab jadi penghibur dalam kelas..tanpa Wani mungkin kelas tu tak berfungsi..may Allah bless U..untuk Syaz , Syaz yg Ika kenal ialah seorang yg manja , comel dan comel..Syaz tak pernah kedekut ilmu kalau tak faham tanya ja dia , dia akan jawab setakat mana yg dia mampu..Syaz tak suka menunjuk , dia tersangat la humble even dia dapat 4flat sekali pun..Ika senang dan selesa kawan dengan Syaz..Syaz thanks for everything dari sem 1-4..jadi floormate Ika..sorry kalau dalam kuliah Ika selalu usik Syaz , selalu curi spek mata Syaz..thanks sebab selalu cubit Ika bila Ika mengantukk..thanks sebab sudi kongsi ilmu dengan Ika..hanya Allah ja yg mampu jasa baik Syaz..stay cute forever ! untuk Amoy , Amoy yg Ika kenal "mukanya garang bila tak senyum" , tapi sebenarnya dia manja..thanks Amoy sebab jadi kawan pertama Ika kat KMPP nie masa orientasi..even kita tak rapat sangat , but I hope ukhuwah kita satu kelas nie terus berkekalan..Amoy stay strong , stay happy..dan teruskan berusaha untuk capai cita-cita masa hadapan nanti..jangan gelabah sangaat bila nanti ada presentation kea , ada exam kea..just stay cool ok ! may Allah bless U too..Untuk Syu , Syu yg Ika kenal seorang yg suka makan kalau tak silap Ika Syu suka masakan kampung (sorry kalau silap)..Syu tak banyak cakap , tapi sama la Syu pandai dan humble..setiap apa yg Syu buat hanya untuk tatapan Syu dan org terdekat..Syu , Ika harap Syu sentiasa happy disamping yg tersayang , jadi kakak yg baik untuk adik-adik dan yg paling penting kalau kawen jangan lupa jemput..semoga Syu dapat capai apa yg Syu nak dalam hidup Syu..stay cool ok ! dan yg terakhir untuk Mira..Mira yg Ika kenal seorang yg "manis" , manis bila senyum..dan manja..Mira terima kasih sebab sudi jadi kawan Ika dari sem 1-4..sudi kongsi cerita even tak banyak..Mira semoga cita-cita Mira nak jadi cikgu tercapai..be a good daughter ok ! semog dipermudahkan urusan di dunia dan juga akhirat..terus istiqomah ok..

Sharifah Nur Hidayah
Yaya yg Ika kenal  baik , lemah lembut , penyayang dan Yaya suka gelak..Yaya sebenarnya cantik , tapi dia tak pernah mengaku , humble sangat..Yaya humble dalam banyak perkara terutamanya dalam pelajaran..thanks Yaya sudi terima Ika sebagai kawan Yaya..thanks sebab layan kerenah Ika selama stahun nie , sebab kita baru ja rapat setahun yg lepas..sudi kongsi cerita suka duka Yaya dekat Ika..sejujurnya lepas nie Ika akan rindu setiap detik kita bersama , peg]rgi kelas sesama , makan sesama , pergi pejabat pos sesama , gelak sesama..tapi bab ponteng kelas tak sesama , sebab Ika tak suka ajak kawan-kawan Ika buat keja jahat (jangan tiru peragai Ika)..Ika malas , Yaya rajin..Yayang , jaga diri okay kat mana ja Yaya dok..stay pretty ! stay humble ! stay flawless ! hee , Ika doakan semoga Yaya berjaya dalam hidup kat dunia dan akhirat..be a good muslimah..jangan garang-garang dekat rumah okay ! maaf atas semua khilaf Ika kat Yaya..

Hafizah , Mimi Natasya
Mimi , Fie thanks for being my partner in crime..thank you so much sebab selalu ada bila Ika perlukan someone..both of u selalu ja tau bila Ika "badmood"..dan selalu sudi menjadi pendengar yg setia , jadi pembakar semangat untuk Ika terus stay kat KMPP nie..even both of u suka gaduh sesama sendiri , tapi sebenarnya tu cara untuk tunjuk kasih sayang seorang sahabat..Ika doakan semoga persahabatan Mimi Fie kekal hingga hujung nyawa..terima kasih untuk semua kenangan , terima kasih sebab selalu jadi bodyguard untuk budak paling kecik nie..tak mampu Ika balas jasa baik Mimi Fie..semoga impian Mimi Fie tercapai , dan always together forever..maaf atas semua silap Ika untuk awak-awak berdua..maaf to infiniti sebab selalu menyusahkan awak-awak berdua..sorry ! stay pretty ! stay tinggi dari Ika !

Hasimah
Syima yg Ika kenal keras kepala , ego tapi sebenarnya Syima baik..baik sangat Syima suka tolong kawan-kawan bila dalam susah..Syima susah sangat nak terima barang orang..Syima thanks sebab ada dengan Ika bila Ika sedih + happy + badmood..Syima layan ja apa yg Ika nak buat , conteng tgn Syima , geletek Syima even tak da sensor sangat (sakit plak hati kita)..haha..Syima , Ika harap Syima akan terus "happy-go-lucky" dalam life Syima..semoga Syima terus tabah menghadapi hari yang mendatang dengan senyuman dan buang yg keruh ambik yg jernih..Syima , dalam kehidupan kena ada tolak ansur , kena ada sikap saling memahami..terima kasih untuk semua kenangan yg pernah kita coretkan bersama..semoga Allah balas semua jasa baik Syima selama nie..stay cool ok ! semoga Syima berjaya dunia akhirat..chaiyokkkk

Syafiqah Najihah , Amalia
Jiha yg Ika kenal seorang yg manja , baik..tak mudah putus asa..Jiha terima kasih sebab sudi stay dengan Ika dari sem 1-4 , sudi kongsi cerita..sudi kongsi pendapat..dan sudi jadi orang yg terdekat dengan Ika macam Syima..both of u always support Ika bila Ika down , bila Ika jatuh..Jiha , Ika doakan semoga Jiha terus cekal hadapi hari-hari yg mendatang dengan baik dan dengan senyuman..jangan mudah menangis untuk benda yg tak sepatutnya..semoga Jiha terus kuat dalam hidup dan semoga bertemu dengan jodoh yg diimpikan..just be yourself Jiha..maaf atas semua salah silap Ika dengan Jiha sepanjang kita berkawan..may Allah bless U..untuk Amalia , terima kasih sebab percayakan Ika..sudi kongsi cerita dengan Ika especially pasal blog dan cerpen Amalia..Ika doakan Amalia terus berjaya dalam hidup dan kalau boleh terus kembangkan bakat Amalia sebagai penulis..I always support You , no matter what happen..Amalia , Ika harap Amalia boleh survive diri Amalia dekat U dengan baik..just be yourself , jangan biar org buli Amalia , jangan biar org pijak Amalia..stay strong ok ! i know u can do it..thanks sebab ajar Ika programming hari tu. , sudi kongsi ilmu dengan Ika..ika doakan Amalia berjaya didunia dan juga akhirat..

Farah Ilyani , Atilea
Farah , Tooya yg Ika kenal sangat la happening..addicted dengan "coc"..suka karokk , suka joget dan "happy-go-lucky"..Ika doakan persahabatan awak-awak berdua nie kekal hingga hujung nyawa..friendship never end kan..just be yourself..even dua-dua orang anak bongsu tapi depa sangat la pandai jaga diri..FArah Tooya jangan boros sangat ok ! Ika doakan awak-awak berdua berjaya dunia akhirat .. hope dapat la apa yg nak dalam hidup..stay together forever..Ika mintak maaf kalau ada termelawak kasar or apa-apa ja la..maaf dipintaa ya bukkk !

Hayunie
yeayyy lastly Yunie (penat dah aih)..Yunie yg Ika kenal sangat humble , baik hati , suka gelak kuat..Yunie thanks sebab banyak bantu dalam pelajaran..Yunie tak pernah kedekut ilmu..selalu tolong orang tapi tak suka menyusahkan orang..Yunie hati Yunie baik sangat sudi belanja bebudak kelas breakfast , belanja aiskrim..bagi yasiin sebagai tanda ingatan tulus dan ikhlas..Yunie nazar benda yg baik , Allah hadiahkan Yunie kejayaan yg tak terhingga..semogaa Yunie berjaya dalam hidup , dapat capai apa yg Yunie nak..terima kasih sebab jadi kawan + penghibur dan penyeri dalam DF4P3/P4..segala jasa baik Yunia hanya Allah yg mampu balas..Ika mintak maaf kalau sepanjang kita bersama Ika ada sakitkan hati Yunie..All The Best..

tak lupa jugak untuk Ajey + Syaza + Ain..semoga korang berjaya diluar sana menjadi insan yg berguna , terima kasih sebab sudi jadi separuh dari keluarga DF4P3/P4 even seketika cuma..tapi kenangan yg kita coret bersama akan sentiasa kekal dalam ingatan , terpahat kukuh di hati..

terima kasih tak terhinga untuk semua atas jasa baik yang pernah korang berikan untuk Ika sepanjang dua tahun perkenalan kita..Ika menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan atas segala silap Ika kalau Ika tak join aktiviti kelas atau Ika terkutuk atau termelawak kasar atau ada yg menyakitkan hati sesiapa..Ika cuma manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan..Ika harap ukhuwah antara kita kekal hingga hujung nyawa..kita bersahabat kerana Allah..

semoga maju jaya dalam hidup , jadi anak yg soleh dan solehah , jadi insan yg berguna untuk masa hadapan..

"happy holiday"


PASTFUTURE
Shortest Girl
[ZULAIKHA JAAFAR]
My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>>I love travel!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> No matter what happen just be yourself
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • 5 hari !
  • 5 minggu lagi
  • trip DF4P3 & P4
  • berkumpul lagi..
  • cinta !
  • two days to go !
  • im back !
  • ~ overnight , Penang ~
  • ChocMuffin
  • perbezaan antara "Orang yang Gagal dan Berjaya"

  • D' Credits
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : zulaikha jaafar