Shortest Girl
thanks for visit ! have a nice day =)
~ ustaz elias dalam kenangan ~
Tuesday, 12 November 2013 • 04:56 • 0 comments
Bismillahirahmanirahim !

Assalamualaikum


post kali nie saya buat khas untuk arwah ustaz Elias bin Ishak..
pada jam 12/11/2013 pada jam 5.00 p.m telah kembalinya salah sorang guru ke rahmatullah menghadap ilahi iaitu ustaz Elias bin Ishak..beliau merupakan seorang guru pendidikan seni visual di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU sejak belasan tahun lepas dan masih berkhidmat di sekolah itu sehingga nafas terakhir beliau , beliau sebenarnya bukan la ustaz tapi disebabkan sikap beliau yg selalu mengingatkan para pelajar tentang solat aurat dan sebagainya itu la yg mendorong para pelajar disini memanggilnya ustaz..sanggup dicaci dihina semasa menengak syiar islam , sanggup rotan anak-anak didiknya jika tinggalkan solat tak kira lelaki mahupun perempuan..paksa anak-anak didiknya lakukan solat sunat selepas zuhur untuk mendapat rahmat dari allah , sanggup round satu sekolah semata-mata nak pastikan anak-anak didiknya pergi solat...semuanya semata-mata mahu anak-anak didiknya menjadi insan yang baik dan berguna dimasa hadapan..segala nasihat beliau masih segar diingatan...

- wahai puteri-puteri yang ustaz sayangi..jaga la mahkotamu untuk suamimu...
- jagala solat fardu dan tambahkan la dengan amalan sunat..

banyak pesanan arwah semuanya mengingatkan tentang solat..betapa beliau amat menjaga solat anak-anak didiknya dari awal beliau berkhidmat sampai hembusan nafas terakhir....terlalu besar pengorbanan beliau di smkgp..

"kalau hampa dah keluaq dari smkgp nie dah tak dak sapa nak igtkan hampa pasal solat nie , bila saya dah tak dak nanti baru la hampa igt..kalau hampa masuk U nanti hampa la kena alarmkan diri hampa , igtkan tentang solat.."

allahuakhbar..semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan org-org yg beriman...in shaa allah..

ustaz jasa baik mu masih segar diingatan anak-anak didikmu .. warga smkgp amat merinduimu ustaz ( pejuang islam kami )...semoga usaha mu dapat balasan baik yang tak terhingga dari allah s.w.t di sana..mungkin balasan syurga..
terima kasih ustaz..

AL-FATIHAH ='(


PASTFUTURE
Shortest Girl
[ZULAIKHA JAAFAR]
My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>>I love travel!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> No matter what happen just be yourself
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • ~ kuasa ALLAH ~
  • ramadhan pergi :(
  • ceritera PLKN..
  • Senjata Orang Mukmin.
  • kenangan bersama arwah tokwan..

  • D' Credits
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : zulaikha jaafar