Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ahmad Ammar
.
.
Ammar
kau dipersiapkan oleh ayah dan bondamu untuk menjadi pemimpin ummah ,
kau menyusuri sirah Uthmaniah agar Al-Fateh terserap dalam jiwamu ,
namun takdir tuhan hanya Dia yang tahu..
Ammar
saat anak muda lain leka mencari dunia ,
kau sibuk mengejar syurga Allah ,
saat anak muda mengeluh lelahnya dakwah ,
engkau giat mengorak langkah ,
merasai indahnya hidup bersyahadah..
Ammar
kini kau telah lena abadi ,
disisi Abu Ayub Al-Ansari ,
namun lenamu ini lah ,
yang mengejutkan lena hati-hati kami ,
bahawa untuk tujuan apa kami didunia ini ,
sungguh benar kata-kata mu ,
cukuplah mati sebagai penasihatku..
Ammar
kini kau menjadi tauladan pencetus semangat ,
untuk pemuda-pemuda diluar sana ,
yang dipersiapkan demi ummah ,
menjadi seperti Al-Fateh ,
menjadi seperti Ahmad Ammar ,
berbahagialah disisi Rabbul Izzati..
*CATATAN TERAKHIR AHMAD AMMAR :
perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian..sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu , maka itu tidak penting..
jika Dia telah menerima amalan mu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun..
kerana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat berdakwah ini..
.
.
jika engkau mahukan teman ,
cukuplah Allah sebagai teman ,
jika engkau mahukan musuh ,
cukuplah nafsu sebagai seteru ,
jika engkau mahukan hiburan ,
cukuplah Al-Quran sebagai bacaan ,
jika engkau mahukan nasihat ,
cukuplah mati sebagai penasihat..
.
.
"Dunia ini untuk berjuang dan untuk penat ,
kita rehatlah bila mati nanti di Syurga-Nya"
Ahmad Ammar , dulu aku tertanya-tanya siapakah engkau..mengapa kematian engkau telah mengemparkan dunia..mungkin aku binggung..tapi setelah aku kenali siapa sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam aku kagum..rupanya engkau insan yang mulia , mulia didunia dan in shaa allah mulia disisi Allah..Ammar mungkin kematian engkau telah membangkitkan semangat jihad anak-anak muda di Malaysia ini..terima kasih kerana telah membuka mata kami semua..tenang lah engkau disisi Allah bersama bidadarimu..
AL_FATIHAH
/br>
PAST • FUTURE