Shortest Girl
thanks for visit ! have a nice day =)
Minggu Induksi Siswa UMP Pekan =)
Saturday 5 September 2015 • 04:35 • 0 comments
Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana di beri kesempatan untuk bernafas maka dengan itu saya Zulaikha Jaafar berbesar hati nak kongsi pengalaman sepanjang Minggu Induksi Siswa a.k.a Minggu Orientasi..hahaha , okay stop ! panjang plak merapu..straight to the point okay..

29/8/2015 , bermula lah perjalanan Ika dari Penang ke Pahang yang memakan masa lebih kurang 9jam lebih.. 8:30am ~ 5:30pm , setibanya dibumi Pahang so ambik kesempatan pusing-pusing bandar Kuantan -> stay kat homestay Gambang (sebab kawan abah ingat Ika UMP Gambang) -> keluar carik barang (sebab Ika tertinggal kasut sukan..peace) -> makan -> balik tidur..

keesokan paginya tepat jam 7:30am , dah gerak ke UMP Pekan yang perjalanannya memakan masa lebih kurang 30min macam tu la..nak kata jauh tu bole laa..sebab kawasan Pekan nie agak hulu..means takda pembangunan sangat tapi ada pantai..first masa masuk kawasan Pekan nie confirm-confirm la nak balik kan sebab tak dapat bayangkan kehidupan kat sini..even nak cari kedai or kompleks pon susah sangat , jauh dari bandar..tapi Internet dia tip top (laju gila)..guna data ka or cable tenet pon still macam guna wifi kat uma..heavennya =) berbekal kan sikit kekuatan dan semangat Ika gagahkan diri untuk tersenyum dan melangkah..dalam hati tu tak payah cakap la gundah gulana + ribut taufan + kilat (pung pang pung pang)..tapi alhamdulillah Allah permudahkan segala urursan dari hari first sampai la hari nie..sesi pendaftaran -> daftar asrama -> ambik baju MINDS'15 -> masuk bilik (kemas barang)..settle ja semua benda , mama abah terus balik , huaaa tak dapat nak tahan air hujan turun kat pipi..maka bermula la kehidupan Zulaikha sebagai seorang anak perantau..
May Allah ease everything for 4years ! Amin..



31 Ogos 2015 maka bermula lah Minggu Induksi Siswa bagi semua mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Pahang..aktivitinya bermula jam 4:30am ~ 11:00/12:00pm bergantung pada kerjasama Rakan Mahasiswa (RM) dan Mahasiswa Kampus Pekan..aktivitinya Taklimat ! Taklimat ! Taklimat ! ..rabak mata ! alhamdulillah , Ika bersyukur sangat sebab dapat housemate yang sekepala..eventho lain negeri , lain loghat tapi kami sehati sejiwa..haha..dan hari nie 4 September 2015 berakhirlah Minggu MINDS'15 , terima kasih untuk semua yang dah banyak membantu dari hari first sampai hari ini..walaupun kadang-kadang tu terpaksa untuk kuatkan hati nak lalui semua nie..satu ayat yang Ika pegang "nak jadi engineering kena ganaih sikit , jangan lembik sangat - En Mior"..yes , its true ! stamina kena kuat , emosi kena sado..kalau tak dah lama terkulai..

terima kasih Ya Allah engkau berikan aku kekuatan untuk lalui kehidupan yang agak mencabar ini..




jumpa Fariza masa program Majlis Amanat Naib Canselor kat Kampus Gambang ! really miss my roomate 
we're KMPPian + UMPian
till we meet again =)

Bachelor of Mechanical Engineering ! 
semoga hati nie sado + tabah .. semoga kaki ini kuat untuk melangkah..
chaiyokkk =)

actually rindu suasana kerja =(


PASTFUTURE
Shortest Girl
[ZULAIKHA JAAFAR]
My Status
>> Blogskin baru. Tadaa!
date : NOW
at:10 am


>>I love travel!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> No matter what happen just be yourself
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • its time to go
  • G.O.N.E
  • Assalamualaikum ! setelah hampir 3 bulan seten...
  • ~ Kuala Lumpur ~
  • travel to Kelantan
  • keluarga DF4P3/P4
  • 5 hari !
  • 5 minggu lagi
  • trip DF4P3 & P4
  • berkumpul lagi..

  • D' Credits
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : zulaikha jaafar