sekalung doa buat Ahmad Ammar
Ammar
pergimu tidak sia-sia,
matinya mati seorang pembela,
matinya mulia syuhada gelarannya,
matinya dalam mimpi mahu ke syurga Allah..
Ammar
solat malam itu kekuatannya,
rahsia perwira zaman berzaman,
dengannya Al-Fateh wira terbilang,
dengannya Salahuddin menjulang juang..
Ammar
seorang insan yang hatinya hanya kepada Allah,
sangat menginginkan,
tiadanya kepentingan peribadi,
atau untuk duniawi..
Ammar
dirinya menginginkan,
tunduk khusyuknya hanya kepada-Nya,
dipenuhi masa bertakwa sentiasa,
merasa betapa ruginya,
membuang masa sia-sia,
ingin sentiasa menambah pahala..
Ammar
Allah-lah segala-galanya,
yang menyiram air ketenangan,
yang menyinar cahaya keteduhan,
di ruang hati yang berseri,
bersinar cahaya kebahagiaan,
abadi sentiasa..
Ammar
itulah pencinta Allah,
Islam junjungannya,
Rasulullah ikutannya,
Al-Quran amalannya..
Ammar
fikir Ammar yang membuku,
apakah nasib akhirku,
bagaimana kuburku,
bagaimana bangkitku,
bagaimana masharku,
bagaimana mizanku,
dan
bagaimana siratku??..
Ammar
janji Allah maha benar,
walau jauh di nun samudera raya,
walau jauh di nun langit tinggi,
walau di kamar sepi,
walau di kamar besi,
ketentuan syahidnya akhirnya,
hamba ini penuh kehambaan..
~ AL-FATIHAH ~
dalam kenangan
(1993-2013)
/br>
PAST • FUTURE