Selamat Hari Ibu
Assalamualaikum
10 Mei 2014 , hari ibu yg mungkin di nantikan oleh ramai org termasuk ika..untuk meraikan hari yg terindah bersama..menghargai jasa ibu sejak kita lahir hingga la sekarang..
tak da apa yg mampu ika balas selain ucapan terima kasih yg tak terhingga..
"terima kasih mama"
.
.
Ibu,
Tiada hari yg ku jalani tanpamu,
Tiada sedetik waktu tidak mengingatimu,
Mengingati segala pergorbananmu terhadapku,
Yang tidak pernah letih menjagaku,
Yang tidak jemu menjadi penasihatku,
Malah engkau tidak pernah jemu menyayangiku sepanjang usiamu..
Ibu,
Maaf..aku selalu mengecewakanmu,
Maaf..aku selalu melukai hatimu,
Maaf..aku selalu membuatmu sedih dengan sikapku,
Maaf..hanya tangisan yg selalu aku berikan untukmu,
Maafkan aku ibu..
Ibu,
Terima kasih,
Telah menghiasi hari-hariku di dunia fana ini,
Dengan senyuman manis yang tak pernah lekang di wajahmu,
Terima kasih ibu,
Untuk kasih sayangmu yg tak pernah hilang,
Untuk kehidupan yg telah kau usahakan untukku,
Terima kasih ibu untuk segala-galanya yg telah kau berikan kepadaku..
Selamat Hari Ibu mama..
terima kasih kerana mengandungkan adik , menyusukan adik , membesarkan adik dan mendidik adik dengan kesempurnaan..tak mampu adik balas jasa mama , pengorbanan mama terhadap adik..
terima kasih kerana selalu mendoakan yg terbaik buat adik..menjadi penasihat yg terbaik buat adik..menjadi pendengar yg setia dgn cerita-cerita adik..menjadi pembakar semangat adik untuk berjaya..dan selalu ada bila adik perlukan seseorang...terima kasih mama..dan terima kasih sebab always jadi yg pertama buat adik..I Love You so much..
^_^
/br>
PAST • FUTURE